Skip to main content

Posts

Dari Siapa?

Azfar menghempas pintu bilik. Dia tertekan. Beg jenama Adidas berwarna merah yang disandangnya dari tadi dilemparkan ke atas katil. Dia duduk diatas birai katil. Azfar termangu. Peristiwa yang berlaku di surau sewaktu program usrah tadi masih membakar jiwanya. Dikerah segala memori yang berlaku tadi.  "Eh ABANG Azfar! Hahaha! Sejak bila kau jadi Naqib ni?" laung seseorang. Azfar yang sedang memberikan tazkirah ringkas kepada ahli usrahnya,terhenti seketika. Program Usrah yang berjalan disekolahnya ditetapkan oleh pihak BADAR. Kebiasaanya, Nuqaba' akan mula dilantik seawal tingkatan 3 dan ahli usrahnya terdiri dikalangan pelajar tingkatan 1. Sudah tiga tahun Azfar memegang jawatan sebagai Naqib. Pada malam itu rakannya, Irfan tiada di surau kerana sibuk menguruskan hal ehwal BADAR. Jadi, Irfan berhasrat agar usrahnya dapat digabungkan bersama usrah Azfar. Empat belas mata sedang menoleh kearah suara tersebut. Kelihatan empat orang pelajar sebaya Azfar memakai jubah
Recent posts

Mampu?

"Tendang! Tendang!"  Angin pada petang itu meniup lembut. Bayu semilir yang dibawa mampu melenakan sesiapa sahaja. Kelihatan sekumpulan remaja lelaki sedang bermain bola sepak di padang yang jaraknya tidak terlalu jauh dengan blok akademik. Padang seluas mata memandang itulah menjadi tempat bergembira; meluah rasa dan menenangkan fikiran daripada timbunan masalah yang membebankan. Dua nikmat yang sering dilupakan; masa lapang dan kesihatan. Itulah manusia. Meminta ketika susah, berpaling ketika senang. Padang itu menjadi tatapannya kini. Remaja berjubah biru muda dan bertudung labuh berwarna hitam itu melontar jauh pandangannya. Menghayati dan menikmati selagi nafas belum di kerongkong. Terpacul kalimah syukur atas nikmat yang tidak terhingga. "Tsk..tsk..tskk" Dia menoleh. Suara teresak-esak itu kedengaran dekat. Matanya tertancap pada kerusi wakaf putih yang terletak berhampiran musolla. Seorang remaja sebayanya berjubah merah hati dan bertudung hit

Monolog Hati : Raya. Layak?

"Hm." Saya keluh nafas. Pintu merah itu saya pandang. Susahnyaa. Saya tepuk muka beberapa kali. Come on, senang je!  Saya menolak perlahan. Saya jalan. Makin lama, telinga saya bingit. Saya tahan sampailah saya sampai ke satu ruang. Waktu itu, mashaAllah bingitnya!  Menyedari kehadiran saya, dia terus matikan radio.  "Ehehe. Sori bro. Tak perasan." "Takpe" saya angkat tangan. "Haa sila la sila duduk. Nah kerusi" dia capai kerusi berwarna kemudian memberikan kepada saya.  "Terima kasih." "Haa ade ape ni? Tetiba je datang?" soalnya ceria. Saya pandang dia tanpa ekspresi. "Ceria semacam kau ni. Kenape?" "Ha? Hahaha alaaaaa takkan tak tau bro. It just several days left!"  "Hm?" dahi saya berkerut. "Untuk apa?" "Acah pulaakk." "Takpelah. Lagu ape kau pasang tadi? Bingit gile" saya menukar topik. "What? Oh. Banyak laa. Yang mane? Ade Satu Hari

Aku

Berjalannya 'Aku', Umpama aliran air, Terus berjalan tetap mengalir, Bergeraknya 'Aku', Masakan tidak menunggu sesiapa, Yang leka akan terus leka, Yang peka akan sentiasa bersedia, Kerana 'Aku' tidak mengenal siapa. Berjalannya 'Aku', Umpama hidupnya Sang Gah Perkasa, Tatkala fajar menjelma, Namun matinya dibalik merah menyala, Hadirnya 'Aku' disaat mata-mata terkatup lena, Hilangnya 'Aku' disaat sesal tiada berguna, Gelak tawa galak kedengaran, Cerca nista masih berhamburan, Tak sedar 'Aku' semakin meninggalkan, Mengubur harapan ke syurga impian, Lantas terjerumus bersama syaitan. Disinilah 'Aku', Berjalan dalam sangkar kehidupan, Bersama dengan mereka yang peka, Berpaling daripada mereka yang leka, Siapakah 'Aku' ? MASA.

Belajarlah Daripada 'Si Perlahan'

Saat berganti saat. Minit berganti minit. Jam berganti jam. Hinggakan waktu sudahpun melangkah masuk ke hari yang baharu. Meninggalkan segala apa yang berlalu kebelakang tanpa dibenarkan menoleh lagi. Itulah kita - sentiasa melupakan apa yang dibelakang sehingga lalai memandang 'cahaya' dihadapan. Bukan makin sedar, tapi makin leka. Melangkah hingga tak sedar gaung didepan mata. 2017 sudahpun kita tinggalkan manakala 2018 pula kita jemput. Yang merasakan ianya 'biasa-biasa' , akan menjalani hari seperti biasa. Yang merasakan diri seperti makin menuju kematian, akan mula berusaha mendapatkan apa yang tertinggal dan apa yang tidak terlaksana pada tahun-tahun yang lalu. Maka mulalah kita menetapkan azam yang mahu dicapai - perkara yang mahu dicapai dan dilakukan. Tetapi, sejauh mana? Timbul idea untuk menulis tentang tajuk kali ini -  Belajarlah daripada 'Si Perlahan'. Siapa 'Si Perlahan' yang saya maksudkan? Siput? Koala? Hahaha. Semestinya Sang Kura-

Niat Gagal, Ibadah Tinggal?

I'm back! Huahuahua. Lama sangat rasanya saya tak menulis. Agaknya terlampau banyak beraktiviti sampaikan saya kekeringan 'idea' untuk menulis. Baru-baru ini, sahabat saya bertanyakan mengenai artikel-artikel yang saya dah lama tak tulis. What kind of this CerDak (Cerita Dakwah)? Hahahaha. Turun naik turun naik sahaja. Saya terkejut jugak sebab sahabat saya ini rajin 'check' blog saya ni. Hahaha. Jazakallah. Hayya Encik Harzan, macam mana ni? Kata nak jadi penulis? Huhuhuhu. InshaaAllah, saya dah ada masa ni. Rajin-rajin lah sikit menulis kot. Hehe. Saya sebenarnya bercadang nak karut-karut saja kali ni tapi..  Mungkin ada topik yang boleh saya tulis. "Kenapa kau dah berubah? Selama ni kau okey je" "Sebab niat aku tak betul" "Apa yang tak betul?" "Aku tak ikhlas berubah. So aku tinggalkan. Selama ni aku berubah sbb terpaksa" Speechless. Saya tak tahu nak cakap apa.  Perlukah menunggu 'Ikhl
Huarghh.. Baru ada masa nak menaip.. Itu pun saya cuma nak buat comeback je.. Idea asalnya nak menulis sebaik sahaja habis Pt3. Tapi takda kesempatan pulak huhu.. Takpelah.. Nanti-nantilah.. Saya banyak lagi aktiviti di sekolah.. Jumpa lagi! Cekalkan Hati, Tabahkan Diri Pena si Musafir